Saturday 10 December 2011

PERMAINAN LUAR PRASEKOLAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya suka bermain dan secara tidak langsing mereka belajar melalui permainan atau aktiviti yang dilakukan. Bermain sebernarnya merupakan suatu akiviti semulajadi dan menjadi keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka berimaginasi, membina sifat kreativiti dan mendapat keseronokan melalui permainan.

Walau bagaimanapun, dalam memberi kebebasan kepada mereka untuk bermain, ibu bapa, guru-guru, penjaga taska mahukan masyarakat sekeliling seharunya memainkan peranan dalam memastikan permainan tersebut selamat, serta memberi simbolik dan makna yang baik kepada kanak-kanak ini apabila bermain. Di atas kesedaran terhadap kepentingan dan faedah permainan dalam kalangan kanak-kanak, penekanan telah diberikan di peringkat prasekolah di mana pendekatan belajar melalui aktiviti luar kelas dan permainan dilaksanakan.Aktiviti-aktiviti dirancang agar memenuhi keperluan pembelajaran dan memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan kanak-kanak.


Gambar Hiasan: Kanak-kanak bermain pasir

Apakah yang dimaksudkan permainan luar?

Permainan luar secara ringkasnya ialah aktiviti yang melibatkan penggunaan peralatan seperti buaian, jongkang jongkit, papan imbangan dan lain-lain. Selain itu, aktiviti seperti bermain pasir, air, pondok-pondok juga merupakan permaian luar. Permainan luar akan melibatkan pegerakan seperti berlari, melompat (motor kasar) dan permaian kecil (pergerakan motor halus).

Mengapakah permainan luar perlu?

Permainan luar diperlukan bagi membantu kanak-kanak membina kecergasan badan dan kecerdasan minda. Selain dari aspek fizikal, permainan ini juga membantu kanak-kanak menguasai kemahiran asas motor halus dan motor kasar.

Berikut adalah beberapa contoh permainan atau aktiviti luar pra sekolah yang boleh dijalankan. 

a. Permainan Pasir
b. Berjalan dan mengimbangi badan di atas tali atau garisan atas lantai.
c. Membawa objek atau sudu sambil berjalan.
d. Melompat dengan halangan pada aras yang rendah 
e. Melompat dengan aras yang berbeza dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
f. Membaling objek lembut ke sasaran dengan menggunakan satu atau dua belah tangan.

Gambar Hiasan: Gelongsor
  

2 comments: